Thursday, October 11, 2012

11 Oktober. 1 tahun 6 bulan

Dah nak pukul 9.53 malam nih..Selamat berusia 1 tahun 6 bulan, Imani. Weekend kita pergi cucuk!
Besar dah anak mama ni. Dah faham macam2. Kalau nak bagi adik pon boleh dah ni tapi sorry mama belum ready. Imani manja2 la dulu pastu baru mama kasi adik, k.

Makin lama makin banyak benda dia belajar. Suke menunjuk2. Dapat skill baru terus tunjuk kat rumah teacher. Err tak reti la mama nak cakap Imani ni duduk babysitter ke duduk taska. Teacher Imani tu dulu keja di taska lama then diorang quit. Sewa rumah sendiri. Diorang ada sijil asuhan tu, dari JKM. Ada attend a few series of courses la untuk mengasuh. So kalau tak silap diorang dah berkelayakan untuk mengasuh dari rumah secara professional. That's why la mama hantar Imani pada diorang.Anggap jela taska senang nak sebut.

Imani now suke menunjuk skill. Semalam dia buat aksi akrobatik. Kepala kat lantai, angkat kaki sebelah tinggi2(tertonggeng). Lepas tu panggil Siti, Siti! .Menunjuk skill akrobatik la tu. Lepas tu gelak2.Ceh panggil Siti je kat teacher Siti. Sebab panjang nak sebut teacher siti. Imani tau sebut 1 perkataan je. Kalau gabung2 belum dapat. Tapi teacher pandai sebut. Bila Teacher Siti je dah tak pandai. Takpe slow2..Mama tak kisah. Belum masanya..Melainkan mama naaaaaak (something2)..

YEAY. DAH JAM 9.53(time Imani keluar)

iklan kejap hehe.


Now kat taska Imani suke berkawan dengan budak besar. Dia suka kawan Muaz, Alesya, and besfren sebaya pulak dengan Qaira and Aisy Darwisy. Qaira lah besfren, Qaira lah tempat gaduh dan dengki2. Sebab Qaira cantik kot. So, jeles. Haha. Takde lah, sebab Qaira manja dengan Teacher Ain yang juge menjadi kegemaran Imani. So ala2 berebut kasih-sayang la.

Kalau dengan abang Muaz dia suka borak2. Imani borak main belasah je entah apa bahasa. Tapi abang Muaz kata dia faham. Haha tipu sangat! Dengan Muaz siap pegang2 tangan berpimpin sama2. Muaz tu menjadi rebutan rakan perempuan sebaya dia sebab dia hensem. Adoila budak2 kecik ni.. Kelakar plak.

So far rumah Teacher tu diaorang jaga 10 orang. Mula2 macam risau sebab macam ramai. Tapi 2 orang yang jaga so macam ratio 5:1. Tapi ok lah sebab mama selalu pergi jenguk Imani. Kalau nak cerita kenapa end up sampai teacher sewa rumah sendiri etc etc memang panjang kisahnya. Sedih nanti bila teringat. Biar disimpan jela dalam hati. Tapi mama tak akan lupe..Now mama tengok Imani bahagia kat situ. Mama pon sama.

Tengah hari mama akan pergi susukan Imani. Tapi dah banyak hari dah mama pergi Imani tengah tido. So mama tengok jela Imani sambil main dengan kawan2 Imani. Keadaan kat rumah tu sangat terkawal. Rupa2nya anak2 ni kan memang sangat behave bila di tempat jagaan. Imani paaaaaaling behave. Sampai mama tak percaya Imani macam tu. Kat rumah berbeza sangat. Seronok tengok diorang pandai bawa diri, main2 sesama diorang. Lapar nak susu bagitau dengan cara pergi goncang2 safety gate kat dapur. Haha. Imani kalau dah poo2 akan bagitau teacher. Good girl! Jangan biar peram lama2, OK!

Lepas tu teacher suke ajar dia cakap. So dia ikut. Sebab tu teacher pon suke main dengan Imani. Sebab ada response. Setiap anak ada kelebihan masing2. Buat masa ni kelebihan Imani dari kawan2 sebaya kat situ sebab Imani dah nak cakap dan boleh faham something dengan sekali cakap je. Do's and don'ts pon kalau teacher yang cakap dia akan ikut. Dengan mama ajee buat keras kepala. Takpe, mama maafkan sebab mama tau Imani nak perhatian je. Kawan2 yang lain pon ada kelebihan dorang gak. Yang tu biar mak dorang sendiri yang cite. Haha kejam. (Malas nak type sebenanye).

Hari tu diorang main family2. 
Qaira= Mama. Bawak doll lepas tu pangku, selak baju, pok2. Konon breastfeed sambil tidokan. Haha kelaka sangat!

Adam: Jadi papa. Bawak botol susu pergi dekat Qaira nak susukan doll. Pandai eh tiru..

Imani: Entahlaaa watak teacher ke watak bibik ntah tetibe datang bawa baju nak pakaikan dekat doll.

Yang lain2 ada la watak memasing. Lupa dah..

OK nanti mama cerita lagi. Mama nak tengok TV. Imani dah tido.

Selamat ulang bulan yang ke 18, Imani!! Mama sayang Imani now and forever. Tak ada ibu yang tak sayang anak. Mama nak yang terbaik untuk Imani. Now pun mama dah survey pre-school untuk Imani. Mama tengah cari jalan supaya mama boleh quit kerja untuk jaga Imani, jaga makan pakai papa dan Imani, kerja dari rumah dan hantar dan ambik Imani from school. Itu memang cita2 mama. Or maybe mama boleh ambik cuti tanpa gaji kot for 3 years macam tu sambil sambung study weekend ke. Bila Imani umur 7 years dah besar dah..We'll see lah macam mana.

Some random pictures..

Gambar day 2 selepas mandi untuk kali pertama dalam hidup.

Fresh baru je keluar. Mama pun masa ni masih khayal.



Latest picture tidur with Qaira. Mama tak boleh nak transfer to laptop la picture lain. Ambik jela yang kat FB.


Penawar duka mama. Mama harap Imani akan menjadi anak yang solehah bekalan mama dan papa ke syurga.

Tolong papa setting camera during Raya.

With mama di pagi raya. Sedihnye tak banyak gambar raya sebab Imani lari dari kamera. And pagi tu Imani tidoooo je.


Random. Alamak mama lupa umur berapa nih. 5 bulan rasanya. Sori sori mama lupa.


Usia 2 bulan lebih.


Your very first foot print. I like this idea.

Mama memulakan sesi gemuk. Sedang pregnantkan Imani 3 bulan.

Sorry la Imani masa ni awak memang tiba2 berubah menjadi gelap sikit haha.
Lepas kena demam kuning yang lama tu memang Imani tetibe jadi gelap pon. Lahir2 memang putih sangat. Tapi tetibe menggelap. Mama hampir ingat terkenan yenna Azwath dah. Sebab masa mengandung Imani mama hari2 nak makan roti canai ngan teh tarik Azwath. Haha. Tapi now dah cerah la balik walaupun tak la melepak macam dulu. 


Lauk kegemaran: Sup ayam, ayam sweet sour.
Buah kegemaran: Nanana (banana)
Air kegemaran: Susu mama. Of course!
Rancangan kegemaran: Bananas in pyjamas

No comments:

Post a Comment