Thursday, October 11, 2012

11 Oktober. 1 tahun 6 bulan

Dah nak pukul 9.53 malam nih..Selamat berusia 1 tahun 6 bulan, Imani. Weekend kita pergi cucuk!
Besar dah anak mama ni. Dah faham macam2. Kalau nak bagi adik pon boleh dah ni tapi sorry mama belum ready. Imani manja2 la dulu pastu baru mama kasi adik, k.

Makin lama makin banyak benda dia belajar. Suke menunjuk2. Dapat skill baru terus tunjuk kat rumah teacher. Err tak reti la mama nak cakap Imani ni duduk babysitter ke duduk taska. Teacher Imani tu dulu keja di taska lama then diorang quit. Sewa rumah sendiri. Diorang ada sijil asuhan tu, dari JKM. Ada attend a few series of courses la untuk mengasuh. So kalau tak silap diorang dah berkelayakan untuk mengasuh dari rumah secara professional. That's why la mama hantar Imani pada diorang.Anggap jela taska senang nak sebut.

Imani now suke menunjuk skill. Semalam dia buat aksi akrobatik. Kepala kat lantai, angkat kaki sebelah tinggi2(tertonggeng). Lepas tu panggil Siti, Siti! .Menunjuk skill akrobatik la tu. Lepas tu gelak2.Ceh panggil Siti je kat teacher Siti. Sebab panjang nak sebut teacher siti. Imani tau sebut 1 perkataan je. Kalau gabung2 belum dapat. Tapi teacher pandai sebut. Bila Teacher Siti je dah tak pandai. Takpe slow2..Mama tak kisah. Belum masanya..Melainkan mama naaaaaak (something2)..

YEAY. DAH JAM 9.53(time Imani keluar)

iklan kejap hehe.


Now kat taska Imani suke berkawan dengan budak besar. Dia suka kawan Muaz, Alesya, and besfren sebaya pulak dengan Qaira and Aisy Darwisy. Qaira lah besfren, Qaira lah tempat gaduh dan dengki2. Sebab Qaira cantik kot. So, jeles. Haha. Takde lah, sebab Qaira manja dengan Teacher Ain yang juge menjadi kegemaran Imani. So ala2 berebut kasih-sayang la.

Kalau dengan abang Muaz dia suka borak2. Imani borak main belasah je entah apa bahasa. Tapi abang Muaz kata dia faham. Haha tipu sangat! Dengan Muaz siap pegang2 tangan berpimpin sama2. Muaz tu menjadi rebutan rakan perempuan sebaya dia sebab dia hensem. Adoila budak2 kecik ni.. Kelakar plak.

So far rumah Teacher tu diaorang jaga 10 orang. Mula2 macam risau sebab macam ramai. Tapi 2 orang yang jaga so macam ratio 5:1. Tapi ok lah sebab mama selalu pergi jenguk Imani. Kalau nak cerita kenapa end up sampai teacher sewa rumah sendiri etc etc memang panjang kisahnya. Sedih nanti bila teringat. Biar disimpan jela dalam hati. Tapi mama tak akan lupe..Now mama tengok Imani bahagia kat situ. Mama pon sama.

Tengah hari mama akan pergi susukan Imani. Tapi dah banyak hari dah mama pergi Imani tengah tido. So mama tengok jela Imani sambil main dengan kawan2 Imani. Keadaan kat rumah tu sangat terkawal. Rupa2nya anak2 ni kan memang sangat behave bila di tempat jagaan. Imani paaaaaaling behave. Sampai mama tak percaya Imani macam tu. Kat rumah berbeza sangat. Seronok tengok diorang pandai bawa diri, main2 sesama diorang. Lapar nak susu bagitau dengan cara pergi goncang2 safety gate kat dapur. Haha. Imani kalau dah poo2 akan bagitau teacher. Good girl! Jangan biar peram lama2, OK!

Lepas tu teacher suke ajar dia cakap. So dia ikut. Sebab tu teacher pon suke main dengan Imani. Sebab ada response. Setiap anak ada kelebihan masing2. Buat masa ni kelebihan Imani dari kawan2 sebaya kat situ sebab Imani dah nak cakap dan boleh faham something dengan sekali cakap je. Do's and don'ts pon kalau teacher yang cakap dia akan ikut. Dengan mama ajee buat keras kepala. Takpe, mama maafkan sebab mama tau Imani nak perhatian je. Kawan2 yang lain pon ada kelebihan dorang gak. Yang tu biar mak dorang sendiri yang cite. Haha kejam. (Malas nak type sebenanye).

Hari tu diorang main family2. 
Qaira= Mama. Bawak doll lepas tu pangku, selak baju, pok2. Konon breastfeed sambil tidokan. Haha kelaka sangat!

Adam: Jadi papa. Bawak botol susu pergi dekat Qaira nak susukan doll. Pandai eh tiru..

Imani: Entahlaaa watak teacher ke watak bibik ntah tetibe datang bawa baju nak pakaikan dekat doll.

Yang lain2 ada la watak memasing. Lupa dah..

OK nanti mama cerita lagi. Mama nak tengok TV. Imani dah tido.

Selamat ulang bulan yang ke 18, Imani!! Mama sayang Imani now and forever. Tak ada ibu yang tak sayang anak. Mama nak yang terbaik untuk Imani. Now pun mama dah survey pre-school untuk Imani. Mama tengah cari jalan supaya mama boleh quit kerja untuk jaga Imani, jaga makan pakai papa dan Imani, kerja dari rumah dan hantar dan ambik Imani from school. Itu memang cita2 mama. Or maybe mama boleh ambik cuti tanpa gaji kot for 3 years macam tu sambil sambung study weekend ke. Bila Imani umur 7 years dah besar dah..We'll see lah macam mana.

Some random pictures..

Gambar day 2 selepas mandi untuk kali pertama dalam hidup.

Fresh baru je keluar. Mama pun masa ni masih khayal.



Latest picture tidur with Qaira. Mama tak boleh nak transfer to laptop la picture lain. Ambik jela yang kat FB.


Penawar duka mama. Mama harap Imani akan menjadi anak yang solehah bekalan mama dan papa ke syurga.

Tolong papa setting camera during Raya.

With mama di pagi raya. Sedihnye tak banyak gambar raya sebab Imani lari dari kamera. And pagi tu Imani tidoooo je.


Random. Alamak mama lupa umur berapa nih. 5 bulan rasanya. Sori sori mama lupa.


Usia 2 bulan lebih.


Your very first foot print. I like this idea.

Mama memulakan sesi gemuk. Sedang pregnantkan Imani 3 bulan.

Sorry la Imani masa ni awak memang tiba2 berubah menjadi gelap sikit haha.
Lepas kena demam kuning yang lama tu memang Imani tetibe jadi gelap pon. Lahir2 memang putih sangat. Tapi tetibe menggelap. Mama hampir ingat terkenan yenna Azwath dah. Sebab masa mengandung Imani mama hari2 nak makan roti canai ngan teh tarik Azwath. Haha. Tapi now dah cerah la balik walaupun tak la melepak macam dulu. 


Lauk kegemaran: Sup ayam, ayam sweet sour.
Buah kegemaran: Nanana (banana)
Air kegemaran: Susu mama. Of course!
Rancangan kegemaran: Bananas in pyjamas

Wednesday, June 20, 2012

Kamilia Imani dah 1 Tahun 2 Bulan

Maafkan mama, Imani..mama dah lama tak update blog ni. Banyak benda berlaku these past few months.

Imani dah quit dari taska yang pastinya. Biar mama simpan dalam hati mama sajalah apa yang dah berlaku sampai mama buat keputusan untuk quit. Now mamawa yang jagakan sambil2 dia tengah cari kerja.

Sejak duduk rumah banyak sangat development Imani. Pada usia 1year and 2 months, Imani dah boleh faham Malay and English language. Suka dengar babies songs, at the same time goyang2 bahu dan kepala konon2 dancing lah tu. hahaha. Comel sangat anak mama. Mana ada mak tak mau puji anak sendiri kan? Lagi2 bila mama tengok sendiri development Imani depan mata mama.

Lagu favourite Imani buat masa ni is head shoulders knees and toes and guess what? Imani dah pandai tiru watak dalam video tu touch head, shoulders, knees, toes bila kita nyanyi lagu tu. Even tengah menyusu pon kalau sambil2 susukan Imani, mama nyanyi lagu tu cepat2 Imani pegi sentuh knees and toes. Tapi bab shoulders tu kelaka sket la sebab tak pandai sangat nak bengkokkan tangan untuk touch shoulder sebab tangan tak cukup panjang macam orang dewasa. Haha!

Lagi, Imani pandai buat kenyit2 dua2 mata bila kita cakap "Imani, buat mata, buat mata!!" Terus dia kedip2kan mata sambil senyum kerang. Hahha comel gila okey first time mama tengok Imani buat. Tapi masalahnye sekarang ni tak boleh dengar word MATA, terus buat mata. Adoiii!

Pastu pastu dah tau anggota badan sikit2. Dia tau mana satu teeth. Aritu saja testing: "Imani, show mama your teeth!" Terus dia sengih tunjuk semua gigi. Omaigod terharu gile sebab tu testing je ok, tak sangka sebenarnya Imani memang dah kenal dan tau teeth tu gigi, and dia tak confuse pon teeth tu gigi. So bila sebut gigi pon dia tau mana satu, sebut teeth pon tau gak. Terharu ok rasa nak nangis tekap muka. Auwww.

Haaaaaaaa leg pon dah kenal...Penah try suruh dia move her legs..Cakap kat dia, Imani please move your right leg, otometik dia gerak2kan kaki dia ala2 senaman nak aerobik tu yg gerak2 kaki tu. So test buat left left leg plak, terus die tukar ke kaki lagi satu. Yang penting dia boleh faham both languages. Mama x nak la dia faham Malay, x faham English, Paham english tak paham Malay. Bahasa Kelantan pon paham gak. hahahhaa..Tahniah anakku. Mama tak sangka boleh tengok development mcm ni.

Now Imani tengah belajar jalan. He he he. So hari2 mintak nak pakai shoes. Stress mama sebab semua kasut pon dia nak pakai kat dalam rumah, kat luar rumah. So???? Kadang2 kasut die jenis kain terpaksa masuk dalam mesin basuh sama2 baju mama sebab dia nak pakai dalam rumah kan? hahahha.


Lepas ni mama berhasrat nak didik imani ke arah keagamaan plak. Lega dah sikit sebab dia takde masalah nampaknya untuk faham BM dan BI. Ada lah plan utk bagi dia kuasai third language. In fact ktorang pernah plan nak hanta dia chinese school nanti2. Tapi risau la pulak bab makan2. kot2 dia pegi test lauk pauk kawan2 cina dia ke ape nanti kan? Tapi takpe, tu lambat lagi. Later, kite fikirkan.
Yang penting sekarang Imani membesar jadi anak yang baik.

Mulut pun boleh tahan nak try sebut2 few things.
Mama: Imani, Jom!
Imani: Tommm tommm!

Mama: Imani, let's jumping. Jump Jump!
Imani: tump tumpppp..hahah nak jugak sebut.

(Sambil tengok baby tv ade tunjuk fish)
Mama: Imani, FISH!!
Imani: FFF Efff Effff FFFF ISH ISH ISH..hahah motif takleh sambung f-ish??

Nak ape2 pandai cakap Nak Nak Nak.
Taknak ape2 pandai geleng2 sambil cakap Nanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak panjang2. Motip?

Takut gila kat lizard. So malam2 kalau nak tidokan dia kena cakap Imani, kalau tak tido mama takut la lizard datang ambik. Tadi dia bagitau mama dia nak datang check Imani dah tido belum. ni mama tengok imani belum pejam mata. Cepat close your eyes nanti lizard catch! Terus dia tarik baju aku sambil tutup mata dia pastu sampai tertido. Hahahaha. Tapi dia takut lizard time nak tido jek..Pelik..


Oooo lagi satu lupa. suka ambik hati orang. Kalau mama buat2 marah dia, dia terus datang kiss mama. So, memang tak jadi marah la..Terharu plak. Lepas dia siap minum susu mama, terus datang paut leher mama peluk lama2 tanda thank you. OMG mama terharu sangat sangat sangat!!


Hahha malam tadi bawak dia gi lepak warung pastu dia nak jalan atas tar..Kebetulan ada bayang dia. Pastu dia duk pijak bayang tu, bayang tu lari2 dari dia, dia pijak bayang lari lagi..Pastu duk pijak2 tak dapat2..sampai dia stress. Ade 1family lain yg ada baby kecik gak duk gelakkan Imani sebab nak kejar bayang sendiri. Hikhik Funny gila..


Ok tu je dulu mama cite, later mama tambah k..
Imani, mama janji untuk carikan orang yang terbaik jaga Imani masa mama keja. Mama dah jumpa orang tu tapi kita sabar dulu ye. Buat sementara duk rumah and learn few things dulu dengan Mamawa.



I love you, my princess!


Ikut papa turun playground. OMG kuat ok dia jerit excited. Aku mengintai dari tingkat 11 boleh dengar suara dia. :)

Belajar jalan kat balcony rumah. Kesian ok, rumah sewa, ada simen je takde tiles so kena bentang karpet merah untuk anakanda hahaha.


Rampasan epal dari tangan mama lantas buat hak sendiri..rupanya guna epal buat asah gusi sebab gatal nak tumbuh gigi. Haha.

Hobi: Tido dengan buas..

Nakal sangat muka nih! Buat muka ala2 chucky..


Mama suka kalau dia pakai baju tido kotak2 hahaha..

Celebrating Mother's Day kot

Papa Imani nak suap!

Mama pulak..heee dia memang tak boleh makan sorang2, mesti nak suapkan mama and papa sama :)

Imani happy sangat ikut mama pergi opis..

Masuk bilik mama sambil cakap.."taaaaaakk.." sebenanye nak cakap CAAAAAAAAAAAAAKK


Ok lah lain kali upload lagi. Tapi kat Facebook dah sangat berlambak dah..Sila la tengok kalau nak.. :)







Tuesday, January 31, 2012

Dah tumbuh gigi

Pada usia 9 bulan, 3 minggu dan 4 hari, Kamilia Imani baaaaaaaaaaaaru tumbuh gigi.
Dah lama mama tunggu akhirnya muncul.
Maka akan bermulalah episod mama takut kena gigit hihi.

Lepas ni mama akan masak porridge yang tak blended lagi ye. Anak mama kena belajar mengunyah. Nanti dah setahun boleh makan sedap2 lagi. Belajar tau..jangan tak nak belajar.

Semalam masa ambik Imani kat taska, babysitter yang bagitau gigi Imani dah tumbuh. Mama happy sangat tapi sedih jugak sebab orang lain yang noticed dulu. Pagi sebelum pergi hantar tu papa ada telek2 gusi Imani dia kata belum ada gigi. Petang masa balik tu dah ada dah pulak. Harap2 Imani memiliki gigi yang cantik. So lepas ni kena berus gigi ye, sayang!

Now Imani makan banyak betul. Mama masak half pot semua habis licin bekal harian dia. Bagus la, lega mama. Mama janji okey, hari2 mama akan bekalkan fresh food untuk anak mama, no more reheat, no more frozen. Imani memang tak suka sangat kan yang lama2 ni, susu pun tak suka sangat yang frozen, nak susu fresh mama je.

Mama akan berusaha untuk sediakan makan dan minum Imani secukupnya dan seperti apa yang Imani perlukan. This weekend mama ingat nak pergi cari step walker la, ajar Imani bertatih pulak. Dah boleh la berdiri sendiri tapi kena berpaut, still tak boleh lepas tangan. Tak sabar tau mama nak tunggu anak mama boleh jalan, nanti kita pergi jalan2 pusing Malaysia ye.

Ok lah, ini gambar semalam, budak baru tumbuh gigi :)

haha sorry saja letak gambar blur. mama nak suruh dia tunjuk gigi tapi dia tutup mulut rapat2. malu nak tunjuk. ishhh orang dah la excited nih..

Tuesday, January 24, 2012

Kisah susu yang sedih..err takla sedih sangat

Hari ini Imani dah berusia 9 bulan 2 minggu. Dah besar dah dia..Semakin comel anak mama. Eh eh mana ada mak tak puji anak sendiri kan? Imani memang comel di hati mama. Setiap hari buat mama senyum2 dan gembira, buat mama marah ada juge tapi marah dalam hati jela. Yela nakal sangat. Suka masuk dapur naik walker pastu main macam-macam barang kat dapur.

Oh hari ni sangatlah adventure bagi mama. Sebaaab, pagi tadi mama pam susu, nak hantar kat Imani tengah hari ni lah kan, pam dapat la 4oz+ skit, sebab pam kejap2 je kan. Pastu dekat pukul 1 tengok2 banyak air meleleh. Ingatkan air aircond, so mama dongak ke atas,alamak, takde pun bocor ke ape. Sekaliiiiiiiiiiii, susu Imani yang tumpah dalam storage bag. Sedih gila okey sebab setiap titis susu itu adalah amat berharga. Macam mana tah boleh tumpah. Mama sedih gile. So on the spot pam and dapat dlm 3oz+, so mama topup yang tadi dan pergi hantar kat Imani. Sian anak mama.

Dah la malam tadi pam mama rosak.Nasib baik our superhero pandai repair.Mama dah stress gile la pasal tak tau kan nak bagi Imani minum ape nyeee kalau pam rosak dan tak boleh pam. So after this mama nak beli 1 pam manual, medela harmony, buat backup takut yg ada ni rosak. Ape2 pun mama akan berusaha untuk anak mama. Imani membesarlah sepenuhnya dengan susu mama ye. i LOVE u sayang..


Heee ada budak tengah membuas. Sangat bahaya ada plug berleluasa gitu. Now mama and papa monitor setiap pergerakan Imani. After this mama and papa perlu tukar cara baru nak susun alat2 dalam rumah supaya tak membahayakan anak mama ni..




Sunday, November 13, 2011

Imani is now 7 months old

Hari ini 14 November, lebih 3 hari dah dari usia anak  mama genap 7 bulan di dunia. Kenapa lama tak update blog ni? Mama hari tu lupa password, papa pulak memang malas kot. Rajin sangat kan papa book subdomain blogspot, pastu register gmail lah apa lah, tup2 tak update2. Kesian Imani.

Ok now Imani dah 7 months old. Makin nakal, makin ganas bila tidur. Malam-malam suka tidur pusing2 1 katil, tak layan babycot(memang takde babycot pun, sebab kat taska pun tak mau tidur dalam babycot), so mama tak beli babycot. Tapi cadangnya nak beli juga sebab dah 2x jatuh katil akibat diri sendiri yang ganas(maafkan papa dan mama kerana lalai, papa yang tertido hehehe).

Suka sangat carrot puree, tak nak layan banana, apple semua, tetap nak carrot. Mama yang tension tiap kali nak cuci pakaian Imani sebab melekat carrot puree yang tumpah2 tu. Habis oren2 baju dia. Makan masa jugak la nak rendam2 kasi hilangkan warna, tapi anak mama suka, so mama jangan la banyak komplen ye. Juga dah makan porridge, tapi dalam porridge kena letak banyak carrot juga, selera pasti bertambah. Lepas tu bila suap makanan suka je dia jenguk2 dalam bowl nak tengok color orange ke tak, kalau dalam bow.l tu bukan color orange, tak nak makan T_T. Bijak betul ye.

Now dalam porridge Imani tak banyak sangat la bahan2, cuma letak brocolli, carrot, bilis je. Mama belum variasikan dengan meal yang agak heavy. Tunggu slowly ye, sayang. Bagi perut Imani rasa step by step. Takmau la terkejut2 kan tiba-tiba nak rasa terus yang heavy. Slow and steady je, ok!

Ok, tomorrow will get the 2nd dose for rotavirus. Mama buat keputusan yang betul untuk ambil semua optional vaccination dan tak menyesal langsung. Ramai kawan-kawan mama yang menyesal tak sempat ambilkan anak2 diorang vaksin yang optional tu.

Macam agak terkejut2 ye, dah lama tak update blog ni tiba-tiba update je Imani dah umur 7 bulan. Hahaha. Ok I promise later will tell semua la sejak Imani lahir, then progress by progress, OK? Will make this blog private if mama rasa the content agak private.

Anyway this is my 7 months old Kamilia Imani.
Thanks dear sebab hadir sebagai anak mama. I love u so much. Mmuaxx.

Mama, papa and Kamilia Imani at Clinic. Eh kesian papa nampak mulut jek?

Imani yang nak kena cucuk 6 bulan hari tu.

Imani masa Raya Haji 2011. Mama pakaikan dia baju 1 year old. Dah boleh masuk.

Buat muka nakal. Mama sayang awak banyakkkkkkkkkkkk.

Sebijik macam muka papa dia. Mama sayang dua2 sekali :)

Dengan Khair Rayyan, mama dengan mama Rayyan berangan kami adalah besan hehehe.

Monday, February 28, 2011

32 weeks and 5 days..

Hi Imani,

Mama writing again. Papa busy, dia keluar malam ni. Tadi lepas makan2, mama naik atas sorang, then papa heading to Cyberjaya, ada business matters sikit. Takpe, mama memang dah biasa pun duduk dengan Imani. Selamat je rumah kita ni, sayang.

OK, today 28 Feb, usia Imani dalam kandungan mama dah 32 weeks, 5 days. 51 hari je lagi nak jumpa mama dengan papa. Hopefully everything is going to be fine.  Ikutkan ticker, Imani dah 2kg. Takpe, this coming 4 March kita ada checkup dengan doc Mazita. Kita check berat Imani ye. Suspen je, next checkup mama nak make sure buat kali ke 6 nye anak mama ni memang Imani laaa..Girl, ok!  Mama dah siap beli baju untuk girl dah. Kalau lelaki, abis la mama.

Mama noticed kalau papa usap2 dan cium perut sambil sebut nama Imani, Imani dah response dah. Tapi kalau panggil Kamelia, lambat sikit. Kalau panggil baby pun dah takmau layan. Pandai ye anak mama, dah kenal nama sendiri. Yela, sejak usia 5 bulan mama dengan papa duk panggil Imani je. Imani pun dah tau nama sendiri. Clever girl, tau!

Imani now tengah tido kot, sebab Imani tak aktif gerak, kejap lagi 11.30pm Imani bangun la ni. Mama dah tau dah timing anak mama bila tido, bila bangun. Ok , sayang tido nyenyak2. Jap lagi kita makan obimin pluz, calactate and neurogain, ye. Then papa balik, Imani bangun tau.

Luv u, princess.

-Mama

Sunday, February 27, 2011

Some of Imani's 3D Scan Pictures

Hello world!

Here are few pictures of little Imani in mama's tummy:



Nampak tak hidung and mulut Imani? Mama tak puas hati sangat sebab terlindung banyak sangat dengan air uri. 

Dari tepi. Nampak hidung Imani. Hopefully anak mama hidung mancung lah. Doctor kata mcm mancung. Tapi hidung mama tak mancung pun..ermmm..

Juga dari tepi. Nampak tangan Imani mcm tengah buat aksi ape ye? Tak clear jugak lah keratan rentas ni.

Actually masa scan 3d ni kurang bernasib baik lah, sebab position Imani tu menyebabkan banyak sangat air uri yang tutup wajah anak mama ni. Tapi takpela, mama dah tengok anak mama senyum dan minum air masa scan ni. Lagipun kos scan ni RM80 je.

Geram sangat mama rasa nak pergi scan lagi sekali. Tapi takpelah, jadikan surprise, OK!

p/s: mama baru balik makan laksa nih.

Ok. Got to go. Mama nak siapkan laundry.
Tata.